Wednesday, October 10, 2018

PERLU KE DOUBLE CLEANSING?



Apa itu ‘DOUBLE CLEANSING’?
Double cleansing adalah cara yang digunakan oleh wanita Korea untuk mencuci wajah mereka. Dalam proses mencuci wajah terdapat 2 langkah, pertama mencuci menggunakan pencuci yang berasaskan minyak (oil based)dan kedua berasaskan berasaskan air (water based).

Langkah pertama menggunakan pencuci wajah berasaskan minyak adalah untuk bantu menanggalkan kekotoran seperti sebum, SPF dan kekotoran lain manakala pencuci kedua yang berasaskan air digunakan seterusnya bagi menanggalkan saki baki kekotoran yang masih ada pada kulit wajah kita.
Amalan double cleansing ini membantu kulit wajah dari mudah dihinggapi oleh jerawat dan membersihkan kulit wajah lebih mendalam.

Apa kelebihan ‘DOUBLE CLEANSING’?
Berdasarkan pakar Astetik, melalui langkah double cleansing yang menggunakan pencuci berasaskan minyak dapat membantu menanggalkan lapisan makeup diatas kulit wajah kita sebelum mencuci wajah dengan lebih dalam menggunakan pencuci berasaskan air.

Apabila double cleansing dilakukan, apa sahaja produk yang kita gunakan akan lebih cepat berkesan terhadapa kulit wajah. Bayangkan kulit wajah kita seperti kanvas yang memerlukan kanvas yang bersih sebelum menjalankan apa sahaja lukisan. Kulit wajah yang bersih akan menyebabkan lebih mudah kebaikan produk lain menyerap kedalam kulit wajah kita.

Bila perlu lakukan ‘DOUBLE CLEANSING’?
Walaupun kita tidak menggunakan sebarang makeup, tetapi double cleansing perlu juga dilakukan secara rutin pada setiap hari kerana double cleansing mampu membantu menanggalkan kekotoran yang terkumpul di kulit wajah kita sepanjang hari.


Rule of Thumb:
Jika kulit wajah korang berminyak apabila tengahari, souble cleanse dapat membantu masalah korang. Tetapi sekiranya kulit korang tidak berminyak langsung satu hari atau lebih kepada kulit yang kering korang boleh pilih untuk tidak membuat double cleanse melainkan jika korang mengenakan makeup yang berat.

Menarik tak DOUBLE CLEANSING ni terutama nak dapat kulit cantik dan bersih macam orang Korea tu. Korang tahu tak All A-Box keluarkan satu produk baru untuk double cleansing memang best sangat. Korang tunggu next entry untuk tahu tentang PRE KLENZ OIL MINT CLEANSER.
Check it out!






No comments:

Post a Comment

FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ