Wednesday, September 5, 2018

PERLU KE GUNA MASKER?



Setip wanita wajib ada set penjagaan wajah masing-masing dan sangat pelik zaman sekarang jika setiap wanita tiada set penjagaan wajah yang lengkap seperti pencuci, toner, serum/moisturizer. Ini adalah perkara asas yang akan dilakukan. Tetapi ramai yang tidak lakukan rawatan secara berkala melalui PENGGUNAAN MASKER. Jom kita ambil tahu pro dan cons guna masker.

1.     Melembabkan kulit muka
Khusus kepada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan kering. Korang sangat digalakkan untuk menggunakan masker seminggu 2-3 kali bagi melembabkan kulit muka korang. Korang boleh buat sendiri masker menggunakan bahan asas dari buah avocado, minyak zaitun atau madu.


2.     Membantu mengurangkan minyak yang berlebihan
Dalam pada korang nak melembabkan kulit muka, korang kena kawal juga dengan pengeluaran minyak yang berlebihan sebab minyak yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori korang tersumbat dan akan memudahkan jerawat tumbuh dengan gembiranya. Bagi mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan ini, korang boleh gunakan masker yang berasaskan clay mask supaya clay mask ini juga dapat mencuci sekali pori korang yang dah tersumbat itu.
Selain itu boleh juga guna bahan asas dirumah dengan campuran oatmeal dan putih telur sebagai masker wajah. Oatmeal seperti kita tahu bagus untuk jantung dan menyerap minyak atau kolestrol berlebihan dan ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah. Putih telur berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga menggurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan.



3.     Membantu mengawal penumbuhan jerawat
Masker juga membantu dalam mengawal penumbuhan jerawat terutama masker yang mengandungi kandungan salicylic acid, benzoyl peroxide atau sulfur. Bahan-bahan ini dapat membantu membantutkan penumbuhan jerawat di wajah kerana bahan ini adalah ejen untuk mematikan bakteria yang ada.

Dekat sini ada 3 jenis masker yang kita boleh cadangkan untuk korang
terutama yang tak ada masa nak buat masker bancuh sendiri.

1. FREEMAN REJUVENATING (cucumber + pink salt)
Clay mask ni sesuai untuk semua jenis kulit mereka
dengan ada campuran timun dan garam merah jambu Himalaya
bagi membantu detoks dan membersihkan kulit.

2. FREEMAN OIL ABSORBING (mint + lemon)
Clay mask ini sesuai untuk mereka yang mempunyai
masalah kulit berminyak dengan campuran mint dan lemon
lagi membantu mereka yang mempunyai masalah kulit breakout.
Clay mask ini membantu kulit yang breakout dari terus 
terkena kulit radang yang teruk kerana mask ini mengawal
pengeluaran minyak dan mengecilkan pori kulit yang terbuka.

3. ICE TEA TREE MASK | SCRUB (apricot seed + grape seed + aloe vera)
Ice mask ini sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat
kerana apricot seed membantu sebagai exfoliator untuk buang 
sel kulit mati dan mematikan dan memudarkan parut 
jerawat yang tertinggal. 
Grape seed pula membantu untuk mencerahkan
kulit dan aloe vera membantu untuk mengecutkan
pori dan mengawal pengeluaran minyak dari
pori yang terbuka.



No comments:

Post a Comment

FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ