Monday, July 30, 2018

VALAK LAGI CANTIK KALAU TAK PAKAI SAKA



Semua orang pernah buat silap selagi namanya manusia takkan pernah terlepas dari buat salah. Yen pun dulu terikut-ikut dengan skincare yang ada merkuri ni. Nak putih glowing on the spot katanyaaaa!
.
Tapi sebaliknya yang yen dapat. Its okeylaaaa. 3 tahun tak pernah flawless. Struggle tak payah cakap laa. Elak pelaburan selama 3 tahun tu boleh buat deposit kereta kot.
Tak tahu nak describe macam mana masa muka breakout 3 tahun tu. Lepas 4 bulan guna produk #@$&#$, memang whole face jadi breakout teruk yang paling sedih jerawat batu yang tak da mata bertapa dekat muka. Pakai foundation 4 inci pun still sama nampak gunung sahara tu.
.
Muka nak dibandingkan dengan valak tak da bezanya tengok valak lagi cantik. Dark circle sampai ada yang tanya, ‘yen kau kena tumbuk ke?’. Damnnnn rasa nak bagi sebiji atas muka yang bertanya tu. Jerawat? Tak payah cakap siap jadi bff yen, setiap malam boleh belai-belai sebelum tido jadi member pillow talk. Tengok muka macam corak polkadot pun ada.
.
Stress? Sampai tahap tak nak jumpa orang. Kalau pergi kedai makan aku akan cari tempat paling gelap kalau boleh nak duduk bawah meja je. Kalau hari siang memang tak boleh nak sorok, mask akan jadi kawan baik aku pergi mana je mesti pakai mask. Pantang orang tegur skin kenapa jadi macam tu, mula aku mengeletis pergi borong segala mak nenek skincare dalam Watson tu tapi still sama.
.
Makin stress, makin kurus. Bila stress memang aku tak makan sampai bibir jadi kering lama-lama jadi gelap. Masa breakout ni juga aku ada ambik 3 kali sesi rawatan wajah kononnya dekat Estebel Spa (google sendiri) acah-acah nak jadi CTDK sebab dekat situ CTDK regular customer. Tempat tu betul-betul depan pavilion, kalau dah sebut pavi ni faham-faham la berapa banyak lagi aku labor tapi still tak ok juga.
.
Arghhhhhh stresssss namatey!!!
Orang yang tak pernah breakout boleh laa cakap, ‘alaa muka punah sikit nak stress, chill lah’. Nak je aku pindahkan jerawat ni atas muka kau tahu takkkk. Geram betul. Kau bukan kat tempat aku kan boleh laa cakap slumber badak je. Tapi kan masa ni rasa macam kalau ada pakwe, aku rasa dia adalah orang paling bodoh sebab nak juga tapi apa kan daya, ada juga yang nak. Terima kasih awak daripada rupa valak sampai sekarang nampak lah jadi muka manusia sikit still boleh terima. Betulah cinta itu buta. Hahahaha.
.
Sampai lah aku terjumpa dengan set saka ni yang memang bersaka sebab saka ni mampu cungkil keluar segala saka jerawat yang bertapa dalam muka aku yang sememangnya aku sendiri yang undang dia untuk ada dalam muka aku. Hampir 5 bulan aku guna set saka ni dan hasilnya sumpah aku puas hati gilaaaa. Walaupun parut jerawat belum pulih sepenuhnya tapi jerawat batu bata tu dah takut nak buat come back. Sebab parut aku ni dah lebih 3 tahun, so parut atas 2 tahun memang take time untuk hilang.
.
Sekarang alhamdullilah, skin getting better. Cuma nak cakap pada yang pernah breakout, janganlah mudah putus asa. Bukan takdir awak tak cantik tapi awak belum jumpa jalan yang ngam dan cun. So sentiasa mencari dan belajar makna skin yang sihat dan cara penjagaan yang betul. 

Bukan nak menjual tapi nak berkongsi kebaikan kepada semua yang ada masalah yang sama dengan yen.
Be wise, be natural!





No comments:

Post a Comment

FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ