Monday, July 30, 2018



Semua orang pernah buat silap selagi namanya manusia takkan pernah terlepas dari buat salah. Yen pun dulu terikut-ikut dengan skincare yang ada merkuri ni. Nak putih glowing on the spot katanyaaaa!
.
Tapi sebaliknya yang yen dapat. Its okeylaaaa. 3 tahun tak pernah flawless. Struggle tak payah cakap laa. Elak pelaburan selama 3 tahun tu boleh buat deposit kereta kot.
Tak tahu nak describe macam mana masa muka breakout 3 tahun tu. Lepas 4 bulan guna produk #@$&#$, memang whole face jadi breakout teruk yang paling sedih jerawat batu yang tak da mata bertapa dekat muka. Pakai foundation 4 inci pun still sama nampak gunung sahara tu.
.
Muka nak dibandingkan dengan valak tak da bezanya tengok valak lagi cantik. Dark circle sampai ada yang tanya, ‘yen kau kena tumbuk ke?’. Damnnnn rasa nak bagi sebiji atas muka yang bertanya tu. Jerawat? Tak payah cakap siap jadi bff yen, setiap malam boleh belai-belai sebelum tido jadi member pillow talk. Tengok muka macam corak polkadot pun ada.
.
Stress? Sampai tahap tak nak jumpa orang. Kalau pergi kedai makan aku akan cari tempat paling gelap kalau boleh nak duduk bawah meja je. Kalau hari siang memang tak boleh nak sorok, mask akan jadi kawan baik aku pergi mana je mesti pakai mask. Pantang orang tegur skin kenapa jadi macam tu, mula aku mengeletis pergi borong segala mak nenek skincare dalam Watson tu tapi still sama.
.
Makin stress, makin kurus. Bila stress memang aku tak makan sampai bibir jadi kering lama-lama jadi gelap. Masa breakout ni juga aku ada ambik 3 kali sesi rawatan wajah kononnya dekat Estebel Spa (google sendiri) acah-acah nak jadi CTDK sebab dekat situ CTDK regular customer. Tempat tu betul-betul depan pavilion, kalau dah sebut pavi ni faham-faham la berapa banyak lagi aku labor tapi still tak ok juga.
.
Arghhhhhh stresssss namatey!!!
Orang yang tak pernah breakout boleh laa cakap, ‘alaa muka punah sikit nak stress, chill lah’. Nak je aku pindahkan jerawat ni atas muka kau tahu takkkk. Geram betul. Kau bukan kat tempat aku kan boleh laa cakap slumber badak je. Tapi kan masa ni rasa macam kalau ada pakwe, aku rasa dia adalah orang paling bodoh sebab nak juga tapi apa kan daya, ada juga yang nak. Terima kasih awak daripada rupa valak sampai sekarang nampak lah jadi muka manusia sikit still boleh terima. Betulah cinta itu buta. Hahahaha.
.
Sampai lah aku terjumpa dengan set saka ni yang memang bersaka sebab saka ni mampu cungkil keluar segala saka jerawat yang bertapa dalam muka aku yang sememangnya aku sendiri yang undang dia untuk ada dalam muka aku. Hampir 5 bulan aku guna set saka ni dan hasilnya sumpah aku puas hati gilaaaa. Walaupun parut jerawat belum pulih sepenuhnya tapi jerawat batu bata tu dah takut nak buat come back. Sebab parut aku ni dah lebih 3 tahun, so parut atas 2 tahun memang take time untuk hilang.
.
Sekarang alhamdullilah, skin getting better. Cuma nak cakap pada yang pernah breakout, janganlah mudah putus asa. Bukan takdir awak tak cantik tapi awak belum jumpa jalan yang ngam dan cun. So sentiasa mencari dan belajar makna skin yang sihat dan cara penjagaan yang betul. 

Bukan nak menjual tapi nak berkongsi kebaikan kepada semua yang ada masalah yang sama dengan yen.
Be wise, be natural!





Sunday, July 22, 2018

Wednesday, July 18, 2018

TOP 20 FAIRY ANGELS TAPI MASIH ADA 5 KEKOSONGAN?

Dah lama mengidam nak jadi sebahagian daripada keluarga All A-Box
tapi belum berkesempatan jadi kali ni ada lagi 5 kokosongan untuk menjadi
FAIRY ANGELS. FA boleh disama ertikan sebagai ejen sah dan berdaftar dengan
HQ All A-Box.

KENAPA FOUNDER SENDIRI YANG INTERVIEW? 

Setelah diinterview, ditapis oleh founder sendiri 15 orang yang
yang terpilih adalah mereka yang bersungguh dan berminat untuk
membina empayar dan legasi sendiri.
Kita tak nak mereka yang menjadi FA adalah mereka sekadar
mahukan title dan buat bisnes acuh tak acuh kerana 
kami dari All A-Box sentiasa cuba memberi yang terbaik
kepada mereka yang percaya akan jenama All A-Box.
Dari segi produk sehinggalah kepada pemilihan FA sendiri yang terbaik. 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI FA?
Boleh terus hubungi founder di facebook Nadea Fauzi untuk grab
peluang menjadi FA kami. 

Kami alu-alukan kehadiran anda untuk menjadi sebahagian daripada
keluarga All A-Box!!!

Sunday, July 15, 2018

GRAPE SEED

1.      LINDUNGI DARI SUNBURN
Setelah jus anggur diambil untuk pembuatan wain, grape seed akan diambil dan digunakan didalam industri kecantikan.  Grape seed digunakan secara meluas dalam merawat kulit muka dari terdedah kepada cahaya matahari dan keradangan kerana grape seed bertindak sebagai ejen anti-oksida yang mempunya vitamin E dan C yang mampu membantu menstabilkan semula sel kulit yang telah mati.

2.      ANTI-AGING
Grape seed bertindak sebagai anti-aging yang mampu melindungi kulit dari berkedut, pigmentasi dan kanser kulit jika tidak dilindungi dari awal. Penggunaan grape seed akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal dan segar dari sinaran matahari dan akan membuatkan kulit menjadi lebih baik.

3.      MENCERAHKAN DAN MELEMBUTKAN KULIT
Grape seed membantu juga untuk mencerahkan dan sebagai pelembab bagi menghidratkan semula kulit kerana grape seed mengandungi vitamin E yang membantu membaiki sel-sel kulit dan kekal memberi kelembapan kepada kulit. Selain itu, grape seed juga bertindak sebagai exfoliant dengan menggosok kulit dan mengeluarkan lapisan atas sel-sel mati dan memberi kulit yang lebih licin dan lembut.

APRICOT SEED

1.      PELEMBAP KULIT
Apricot seed diekstrak dari buah aprikot yang menghasilkan vitamin A dan E yang boleh menyuburkan, melembapkan dan melembutkan kulit kering dan penuaan. Hasil terbaik untuk menggunakan apricot seed ini adalah sebelum tidur bagi menampakkan hasil yang lebih baik pada pagi esok.

2.      SKRUB KULIT
Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri, pakar kosmetik menggalakkan untuk exfoliant kulit sekurangnya dua kali seminggu. Apricot seed adalah pilihan terbaik untuk keperluan pengelupasan untuk kegunaan mingguan kerana apricot seed lembut dan ringan selain menggalakkan juga peredaran darah dibahagian muka.

TEA TREE

1.      MERAWAT JERAWAT
Tea tree mengandungi campuran anti-bakteria yang tinggi bagi mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat menjadi bengkak.  Tea tree sesuai untuk merawat jerawat kecil dan sederhana selain membantu juga merawat parut jerawat dan menghapuskan lebihan minyak dan toksin yang terdapat didalam pori-pori kulit


2.      EKZEMA
Ekzema boleh menjadi satu masalah yang sangat besar jika tidak dirawat kulit akan menjadi gatal kemerahan, kering, sehingga merosakkan kulit. Dengan penggunaan tea tree mampu mengurangkan masalah eczema ini kerana tea tree ini juga mempunyai sifat anti-keradangan yang teruk

Bestnya kalau dapat guna grape seed, apricot seed dan tea tree dalam rutin jagaan kulit harian kita tapi macam mustahil. Macam mana nak dapatkan grape seed tu? Nak kena perah keluar jus dulu ke? Macam mana nak dapatkan apricot seed pulak, tea tree? MUSTAHIL BETUL.
Tak mustahil!
Sebab All-A-Box telah keluarkan satu produk yang mengandungi semuanya dalam satu iaitu ICE TEA TREE. Gabungan grape seed, apricot seed dan tea tree yang telah diformulasikan sesuai untuk kegunaan pengguna kulit penduduk asia.

FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ