Saturday, March 17, 2018

TAN OR WHITE SKIN? SALAH KE?

Baru2 ni I baca kisah pasal memiliki kulit TAN lebih.. Lebih unik dan sebagainya, hingga membuatkan ramai menyokong ( kerana ramai orang kita berkulit gelap ) sehingga melemparkan kata-kata yang kurang baik seperti.. "BUAT APA NAK PUTIH2 DAN NAK CERAH2 NI.." Rakyat Malaysia ni bodoh semuanya nak putih.. Tak hargai pemberian Allah s.w.t and etc hingga berlakunya kecam mengecam.. Nak tukar warna kulit sampai masuk hospital sebab sakit.. buah pinggang rosak.. Etc.. Saya tidak tahu pula ramai pesakit buah pinggang ni hanya obsess dengan menjadi PUTIH.. yang berkulit Tan tidak akan mendapat penyakit buah pinggang.. APA YANG SAYA TULIS INI hanyalah pengalaman, pendapat dan apa yang saya dah dapat ya.. kita mungkin tidak sama.. jadi jangan mudah judge dahulu di awal perenggan ini ya.. Tarik nafas.. senyum.. dan cuba baca secara positif sambIl mendengar kicauan burung.. sematkan positif di jiwa sebentar untuk membaca yang selanjutnya..
Actually is not about Black OR White OR Tan OR Gold OR Honey.. Dan kebanyakkan orang tidak faham apa itu MENCERAH, MEMUTIH, DAN APA ITU CERAH DAN APA ITU PUTIH.. Dan isu disini adalah macam mana kamu appreciate and menjaga baik permberian Allah s.w.t yang kamu sebutkan tadi sehingga mampu merungkap orang lain berdosa untuk MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.. Saya ada pengalaman BERKULIT TAN malah bukan TAN..ZAMAN ITU SAYA CUMA TAHU WARNA KULIT ADALAH HITAM, COKLAT DAN PUTIH..
Ok kembali bab cerita TAN VS WHITE.. Sebenarnya menjadi gelap dan cerah ni kedua duanya TIADA MASALAH MAHUPUN BERDOSA DI SISI PENCIPTA MAHUPUN MANUSIA LAIN.. Dan kedua dua warna ini punya komitmen yang tinggi.. Dari segi kerajinan kamu menjaga warna skin daripada menjadi bercapuk.. Berbelang.. Naik Jerawat.. Tidak sekata dan sebagainya.. Sama juga jika ingin menjadi cerah.. Ia membuatkan diri sendiri terpaksa akur dengan disiplin dari segi menjaganya.. Balik xleh nak terus zzz mcm mana zaman I gelap dulu.. Balik je pengsan sebab fikir watpe nak jaga sangat.. Sebab memang gelap dan berjerawat dan biarlah..malaslah.. Dan saya silap.. Gelap or cerah tetap saya kena rajin mcm mana nak hargai pemberian tuhan..  saya kena rajin agar kulit sihat.. sekata.. jerawat tiada dan sebagainya.. kerana kulit apa warna sekalipun adalah presenting siapa kita dan sikap kita.. kerana kita akan memakainya ( kulit ) sehingga habis nyawa.. Mcm mana nak gilap skin bebas dari jerawat.. Parut.. Skin menggerutu.. Berminyak dan sebagainya.. itu kita sebagai pengguna harus kena rajin study, minta pendapat doctor mengenai kulit wajah kita sesuai pakai barang apa.. bahan apa.. atau anda boleh klik link ini ---> KENALI JENIS KULIT WAJAH ANDA 
GAMBAR KETIKA MENULIS DENGAN URTV
Tiada masalah nak jadi warna apa pun.. Yang UTAMA ADALAH KESIHATAN KULIT.. kedua dua warna ini amatlah perlu penjagaan rapi dari segi pemakanan.. Barang yang di gunakan di wajah.. Mandian yang di gunakan.. Situasi keadaan sekeliling.. Yang TAN jika salah cara menjaganya pun tetap LAGI BERTAMBAH GELAP NAK KE ARAH HITAM BUKAN TAN GOLDEN LAGI DAH.. Malah tidak sekata.. Malah tompok gelap pun akan ada di few part CONTOHNYA COLOR SKIN ANDA TAN GOLDEN TAPI ADA DARK CIRCLE DAN PARUT JERAWAT YANG SEMEMANGNYA AKAN 2 KALI TONE WARNA DARI KULIT ASAL? TAK MACAM CHIPSMORE DOUBLE CHIPS DI SITU?.. DAH lah gelap.. Bertompok pula.. Apa anda rasa? Berminyak pula.. Menggerutu pula..
GAMBAR KETIKA MENULIS DENGAN ROTTW
Tak payah jadikan gambar Alica Amin ke.. Syafinaz Selamat ke.. Dayang Nurfaizah ke.. Untuk selamatkan diri anda yang originally TAN TAPI SKIN TIDAK SIHAT DAN BERSIH.. gambar mereka yang anda cuba bandingkan tu.. Mereka  sememangnya dah cantik dan pandai hargai warna kulit mereka dan mereka hargainya.. Kerana penjagaannya betul.. Sebab tu mereka TAN sekata.. Cantik.. Unik dan sebagainya.. Dan mereka memilih untuk menjaga skin mereka untuk lebih sihat. berbanding ingin menjadi cerah.. ANDA yang malas sampi skin tak sekata tu nak cakap apa? nak kata Dayang Nurfaizah and the rest is your group mcm tu ke? BELUM TENTU YA.. SILAP HARI BULAN DORANG BOLEH CAKAP.. HELLO..SUKA HATI GUNA GAMBAR I AND CAKAP WE'RE IN THE SAME GROUP..I JAGA SKIN TAN I BAGAI NAK RAK..KORANG YANG BERKERAK NI SESEDAP JE CAKAP KITA GENG? 
ZAMAN SENTIASA KE GIG..GELAP DIA TAK YAH CAKAP..
INI KETIKA PERUBAHAN YANG SAYA SENDIRI TIDAK SEDAR..
KENAPA? BACA SAMBAI HABIS DULU..ANDA RAJIN ANDA DAPAT JAWAPAN..
Pokok pangkal disini.. TAN OR WHITE itu keputusan diri sendiri yang nak berikan yang terbaik buat diri sendiri.. Buat skin sendiri.. YANG PENTING jaga kesihatan kulit.. Bebas dari segala masalah seperti parut.. Jeragat.. Jerawat.. Menggerutu dan sbgnya dahulu..ISU SKIN COLOR ni bukan masalah.. Tapi itu pilihan.. Masalah adalah seperti saya ckp tadi..jerawat.. Jeragat.. Tidak sekata.. Dan pilihan pula adalah seperti memilih warna skin.. Samada u want jump into more bright skin or maintain to be dark..tan..golden brown..hazelnuts is ur choice.. BUT! Jaga kesihatan kulit..
And I sendiri pun tak sangka saya boleh makin cerah just dari penggunaan barang yang saya sendiri pakai dulu.. Bukan zaman I berniaga.. Sebab masa tu pun I x tahu bab niaga ni apa.. Dah orang tanya camne kau cerah? I JUST PELIK..I CUMA CAKAP..I MANDI N PAKAI SABUN JELAH MCM BIASA.. Zaman I dgn URTV dulu mana lah reti bab nak.inject ke apa.. Zaman blackberry xde insta online apa pun.. THEN budak opis cakap.. Rajin kau ek mandi pakai sabun satu badan patutlah cerah..
THEN MASA TU BARU I FAHAM APA ITU.. anda rajin anda dapat.. SO that time baru I tahu.. Why some of.peeps bhgian atas cerah..bile pakai suar pendek kaki gelap.. Sebab some of peeps mandi cuci atas je..MALAS bongkok kan badan sental kaki sekali.. SO now u see.. Jadi tan or white itu pada diri anda samada malas or rajin.. ARTIS2 tan yang korang up gmbar mereka sebab semata nk perli those yg nak cerah ni.. Atleast dorang RAJIN jaga skin.. Xde lah atas gelap bwh cerah.. Buka lengan baju x sekata.. Itu semua sebab kena lalui FASA KERAJINAN..
BUAT ANDA YANG MALAS JAGA SKIN jangan jadikan isu tan or white ke.. Sesuatu perkara yang boleh selamatkan anda untuk "why nak sebok2 cerahkan skin?" Atleast mereka yang cuba nak cerah or JADI TAN OR ELSE.. Mereka rajin and berazam nak cuba cerah..BERBANDING ANDA NAK JADI APA? PEMATAH SEMNAGAT ORANG LAIN? KALAU U GUYS CONCERN TENTANG MASYARAKAT MALAYSIA MENGENAI ISU WARNA KULIT..THEN TULIS MENGENAI KEBAIKAN CARA MENJAGA KULIT DENGAN BETUL..AJAK MEREKA BERSAMA MENUJU KE ARAH STORY ANDA..BUKAN MENGECAM OR PATAHKAN SEMANGAT ORANG LAIN.. APA YANG ANDA DAPAT? DAPAT KETAWA DI HADAPAN KEYBOARD? CUMA MEREKA TAK TAHU HOW TO START.. AND PRODUK APA YANG BAGUS DAN SELAMAT..
I sendiri guna menda yang alami jew.. Menda yang ada depan mata dari dulu sampai sekarang..SABUN..cuma nak tahu sabun apa yang MIRACLE sangat tu adalah.. "KERAJINAN WHITENING BODY BAR" dari keluaran company "SILA SENTAP JANGAN MALAS" dan diedarkan oleh company "MALAS TAK DAPAT..RAJIN DAPATLAH HASIL.." dalam dunia ini tiada apa yang mustahil.. jika kita tidak cuba adakah kita tahu keputusannya berakhir dengan kebaikan atau keburukkan?
SEBARANG PENDAPAT SAYA TIDAK AMBIL PUSING.. KERANA SAYA TAHU MANUSIA ITU SEMUA TIDAK SEMPURNA DAN TIDAK MUNGKIN MAMPU UNITE UNTUK 1 PERKARA..SEDANGKAN DI MEKAH PUN ADA BANYAK MAZHAB..TAPI TUJUANNYA 1 SAHAJA..IAITU MENYEMBAH ALLAH S.W.T.. SAMAJUGA ISU INI..WALAUPUN ADA BANYAK CORAK CERITANYA DARI ORANG ITU DAN ORANG INI..TAPI TUJUANNYA 1 SAHAJA..SILA JAGA KESIHATAN KULIT WAJAH.. DAN RAJIN BERTANYA DOC PRODUK ATAU BAHAN APA SESUAI UNTUK UR SKIN..WHAT IS YOUR SKIN NEEDED?
"SKIN FIRST, MAKEUP SECOND AND SMILE ALWAYS"

No comments:

Post a Comment

FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ