Tuesday, October 23, 2018


Apa itu OIL MINT CLEANSER?
Oil mint cleanser bukan lah bertindak sebagai double cleansing tetapi hanya sebagai pre-cleansing. Untuk lebih mudah faham, begini. Dulu sebelum wujudnya mekap remover dalam bentuk wipes or oil cleanser, kita buang/cuci mekap guna apa? Selalunya kita guna minyak baby Johnson dan kapas sahaja, kemudian baru cuci muka guna pencuci muka biasa.
Jadi nampak tak kenapa oil cleanser ialah PRE-CLEANSER.

Cuba bayangkan lepas cuci muka guna oil cleanser then terus tidur. Agak-agak, ada tak sisa-sisa minyak pada muka? Tambah muka mereka yang memang jenis oily skin, mesti tak selesa kan. For sure kita akan cuci muka dengan pencuci muka biasa pulak. So, ini yang dinamakan DOUBLE CLEANSING.

Oil cleanser ni banyak BENEFITS ke?
Banyak tu tidak lah tapi sedikit itu ada. Kenapa?
Untuk mendapatkan minyak dari contohnya buah lemon (ianya perlu melalui beberapa proses – jeruk, campur ethanol, saringan dan lain-lain) dan kebanyakkan oil cleanser hanya menggunakan oil (samada jojoba oil, avocado oil or any oil yang sesuai untuk skin) essential or fragrance sebagai penambah bau.

Jadi walau jeruk sekalipun, apalah khasiat yang tinggal selepas diperam beberapa hari? Pendek cerita, oil cleanser hanyalah sebagai pre-cleanser yang  menarik kekotoran dan menanggalkan makeup.
Dan sebab itu oil mint cleanser kami menggunakan lemon berbanding bunga atau buah lain sebab lemon adalah buah no.1 dunia yang tinggi dalam asid citric dan bertindak sebagai antibakteria.
Jadi apa kena mengena lemon, mint dan oil? Kebanyakkan oil cleanser (samada brand international), apabila minyak bergesel (ketika massage muka) di antara kulit muka dan jari, ianya akan menghasilkan haba. Pernah tak guna dan rasa macam haba/sedikit panas? So you guys buat apa? Stop? Kalau stop rasa macam skin tu stuck dan haba terperangkap di bawah lapisan kulit. Then apa jadi?Maka naiklah biji-biji ruam kemerahan.


Perlu ke massage bila guna oil cleanser? Yes perlu diantara 1 ke 2 minit. Pernah pergi spa yang sedang massage skin korang, mereka stop jawab call/buat kerja lain tiba-tiba? Tak kan. Sebab ada step-step urutan untuk massage menggunakan oil cleanser. Haa nampak mudahkan? Selama ni gonyoh-gonyoh asal siap, sudah. Lepas ni betulkan ya.
Ok, bila bergesel dan ada haba, sesuai tak untuk mereka yang skin breakout or jerawat yang terluka ketika massage tadi? Bagi mereka yang nak pre-cleanse muka tapi breakout, elakkan guna oil sebab apabila jerawat tercedera semasa massage, dikhuatari akan menyebabkan jerawat tadi semakin teruk dan merebak. Jadi, mereka perlu pre-cleanse jenis lain seperti milk, cleanse, wipes tissue or any brand yang jenis creamy, kemudian cuci macam biasa dengan pencuci sedia ada.

Jadi oil mint cleanser sesuai tak? Sebab itu ada mint kerana apabila berlaku gesekan, mint yang ada meredakan penghasilan haba dan kebaikan lemon tadi membantu sebagai antibakteria terhadap jerawat. Wahhh, jadi saya yang ada breakout skin sesuai lah guna oil mint cleanser ni? Yes, boleh tetapi macam mana pun, tetap kena cuci muka seperti biasa sebab kebaikan lemon tak banyak pun dalam oil cleanser sebab telah dijerukkan dan diperam, apalah sangat kebaikan yang ada.
Jada, clear tak kenapa perlunya juga cucian kedua? Dan kenapa oil cleanser kami ada mint dan kena shake dulu?





Wednesday, October 10, 2018



Apa itu ‘DOUBLE CLEANSING’?
Double cleansing adalah cara yang digunakan oleh wanita Korea untuk mencuci wajah mereka. Dalam proses mencuci wajah terdapat 2 langkah, pertama mencuci menggunakan pencuci yang berasaskan minyak (oil based)dan kedua berasaskan berasaskan air (water based).

Langkah pertama menggunakan pencuci wajah berasaskan minyak adalah untuk bantu menanggalkan kekotoran seperti sebum, SPF dan kekotoran lain manakala pencuci kedua yang berasaskan air digunakan seterusnya bagi menanggalkan saki baki kekotoran yang masih ada pada kulit wajah kita.
Amalan double cleansing ini membantu kulit wajah dari mudah dihinggapi oleh jerawat dan membersihkan kulit wajah lebih mendalam.

Apa kelebihan ‘DOUBLE CLEANSING’?
Berdasarkan pakar Astetik, melalui langkah double cleansing yang menggunakan pencuci berasaskan minyak dapat membantu menanggalkan lapisan makeup diatas kulit wajah kita sebelum mencuci wajah dengan lebih dalam menggunakan pencuci berasaskan air.

Apabila double cleansing dilakukan, apa sahaja produk yang kita gunakan akan lebih cepat berkesan terhadapa kulit wajah. Bayangkan kulit wajah kita seperti kanvas yang memerlukan kanvas yang bersih sebelum menjalankan apa sahaja lukisan. Kulit wajah yang bersih akan menyebabkan lebih mudah kebaikan produk lain menyerap kedalam kulit wajah kita.

Bila perlu lakukan ‘DOUBLE CLEANSING’?
Walaupun kita tidak menggunakan sebarang makeup, tetapi double cleansing perlu juga dilakukan secara rutin pada setiap hari kerana double cleansing mampu membantu menanggalkan kekotoran yang terkumpul di kulit wajah kita sepanjang hari.


Rule of Thumb:
Jika kulit wajah korang berminyak apabila tengahari, souble cleanse dapat membantu masalah korang. Tetapi sekiranya kulit korang tidak berminyak langsung satu hari atau lebih kepada kulit yang kering korang boleh pilih untuk tidak membuat double cleanse melainkan jika korang mengenakan makeup yang berat.

Menarik tak DOUBLE CLEANSING ni terutama nak dapat kulit cantik dan bersih macam orang Korea tu. Korang tahu tak All A-Box keluarkan satu produk baru untuk double cleansing memang best sangat. Korang tunggu next entry untuk tahu tentang PRE KLENZ OIL MINT CLEANSER.
Check it out!






Tuesday, September 25, 2018



FRESH SPARKLE WIPES
Mengikut rutin penjagaan wajah ramai yang kata ada 10 step wajib bermula dengan cleanser sehingga night cream, bermula dari buka mata sehingga malam tutup mata. Perlu ke?
Digalakkan tetapi tidak wajib untuk kita buat setiap masa bergantung kepada individu.

Terkini ALL A-BOX dengan kemunculan baru FRESH SPARKLE WIPES!
EXTRA COOL!
EXTRA ANTIBIOTICS!
EXTRA LEMON!
EXTRA CARE!

Fokus utama FRESH SPARKLE WIPES adalah untuk memudahkan kerana datang dalam bentuk wipes (macam wipes tisu). Hanya perlu tepek di muka apabila rasa muka makin lesu, kusam, letih. Selepas beberapa minit, korang akan rasa satu kesegaran yang sangat kuar biasa! Ini bukan macam sheet mask.
Fungsi FRESH SPARKLE WIPES bantu menghalang jerawat, mengawal minyak, mengecilkan pori di wajah dan bantu juga mencerahkan kulit.

Wow banyaknya manfaat. Betul ke?
Yes betul sebab dalam FRESH SPARKLE WIPES boleh menggantikan ICE WHITENING LEMON TONER. Sesungguhnya kandungan ice whitening lemon toner adalah menggunakan perahan lemon yang dipercayai mempunyai khasiat dalam merawat dan membaik pulih kulit wajah yang berjerawat dan kusam. 

Lemon adalah buahan paling bagus dalam mencerahkan kulit wajah asia. Mungkin ada yang sensitif dengan lemon kerana sifat asidnya yang tajam, namun begitu, lemon toner tidak akan memerahkan kulit wajah anda jika mempunyai kulit sensitive kerana ia mempunyai rasa sejuk dan dingin yang boleh menenangkan kulit wajah yang mungkin kemerahan, kepanasan dan berjerawat. Ia juga mempunyai serbuk antibiotik untuk merawat jerawat anda dan menjaga kulit dari timbul jerawat baru selain dapat mencerahkan wajah juga.














Wednesday, September 5, 2018



Setip wanita wajib ada set penjagaan wajah masing-masing dan sangat pelik zaman sekarang jika setiap wanita tiada set penjagaan wajah yang lengkap seperti pencuci, toner, serum/moisturizer. Ini adalah perkara asas yang akan dilakukan. Tetapi ramai yang tidak lakukan rawatan secara berkala melalui PENGGUNAAN MASKER. Jom kita ambil tahu pro dan cons guna masker.

1.     Melembabkan kulit muka
Khusus kepada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan kering. Korang sangat digalakkan untuk menggunakan masker seminggu 2-3 kali bagi melembabkan kulit muka korang. Korang boleh buat sendiri masker menggunakan bahan asas dari buah avocado, minyak zaitun atau madu.


2.     Membantu mengurangkan minyak yang berlebihan
Dalam pada korang nak melembabkan kulit muka, korang kena kawal juga dengan pengeluaran minyak yang berlebihan sebab minyak yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori korang tersumbat dan akan memudahkan jerawat tumbuh dengan gembiranya. Bagi mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan ini, korang boleh gunakan masker yang berasaskan clay mask supaya clay mask ini juga dapat mencuci sekali pori korang yang dah tersumbat itu.
Selain itu boleh juga guna bahan asas dirumah dengan campuran oatmeal dan putih telur sebagai masker wajah. Oatmeal seperti kita tahu bagus untuk jantung dan menyerap minyak atau kolestrol berlebihan dan ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah. Putih telur berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga menggurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan.



3.     Membantu mengawal penumbuhan jerawat
Masker juga membantu dalam mengawal penumbuhan jerawat terutama masker yang mengandungi kandungan salicylic acid, benzoyl peroxide atau sulfur. Bahan-bahan ini dapat membantu membantutkan penumbuhan jerawat di wajah kerana bahan ini adalah ejen untuk mematikan bakteria yang ada.

Dekat sini ada 3 jenis masker yang kita boleh cadangkan untuk korang
terutama yang tak ada masa nak buat masker bancuh sendiri.

1. FREEMAN REJUVENATING (cucumber + pink salt)
Clay mask ni sesuai untuk semua jenis kulit mereka
dengan ada campuran timun dan garam merah jambu Himalaya
bagi membantu detoks dan membersihkan kulit.

2. FREEMAN OIL ABSORBING (mint + lemon)
Clay mask ini sesuai untuk mereka yang mempunyai
masalah kulit berminyak dengan campuran mint dan lemon
lagi membantu mereka yang mempunyai masalah kulit breakout.
Clay mask ini membantu kulit yang breakout dari terus 
terkena kulit radang yang teruk kerana mask ini mengawal
pengeluaran minyak dan mengecilkan pori kulit yang terbuka.

3. ICE TEA TREE MASK | SCRUB (apricot seed + grape seed + aloe vera)
Ice mask ini sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat
kerana apricot seed membantu sebagai exfoliator untuk buang 
sel kulit mati dan mematikan dan memudarkan parut 
jerawat yang tertinggal. 
Grape seed pula membantu untuk mencerahkan
kulit dan aloe vera membantu untuk mengecutkan
pori dan mengawal pengeluaran minyak dari
pori yang terbuka.



Thursday, August 30, 2018


Salah satu buah yang kaya dengan manfaat ialah LEMON. Manfaat lemon untuk wajah telah terkenal sejak dahulu lagi dan tak hairan kebanyakkan produk kecantikan mengunakan ekstrak buah lemon sebagai salah satu bahan kandungan.



1.      Mencerahkan kulit muka
Vitamin C yang terdapat di dalam lemon sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah kusam kerana Vitamin C itu dapat membantu menyingkir sel-sel kulit mati sehingga kulit akan kelihatan jauh lebih cerah. Cara menggunakannya senang sahaja hanya membelahnya terlebih dahulu kemudian perah, tambahkan 2 sudu the madu ke dalam lemon dan kacau sehingga rata. Kemudian sapukan campuran tersebut ke bahagian wajah, biarkan 15 minit lalu bilas. Untuk dapatkan hasil lakukan sekali seminggu.

2.      Mengurangkan jerawat dan mengecilkan pori-pori di muka
Antara punca utama jerawat di muka disebabkan perubahan hormon, pemakanan yang kurang sihat dan penjagaan wajah yang kurang dititikberat menyebabkan pori-pori tersumbat akhirnya menyebabkan timbulnya jerawat.
Cara yang boleh dilakukan untuk merawat masalah jerawat ini dengan mengambil sebiji buah lemon, perah air lemon kedalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit air bagi menghasilkan campuran yang lebih cair. Kemudian ambil beberapa keping kapas muka rendamkan di dalam campuran tadi dan letakkan ke bahagian muka yang terdapat jerawat. Biarkan selama 15 – 20 minit sehingga air lemon itu kering.
Untuk hasil yang terbaik lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu jerawat akan lebih cepat kecut dan tidak akan meninggalkan kesan.

3.      Mampu mengawal dan mengurangkan minyak di muka
Kulit muka kita memang akan menghasilkan sebum minyak pada permukaan bagi mengelakkan kulit muka terlalu kering tetapi jika kulit muka menghasilkan minyak yang terlalu banyak akan menimbulkan masalah seperti jerawat dan akan membuatkan seseorang tidak yakin untuk keluar rumah berdepan dengan orang ramai.
Bagaimana lemon dapat membantu dalam mengurangkan minyak di muka?
Potong sebiji lemon menjadi 2 bahagian. Bersihkan muka dengan air suam terlebih dahulu dan pastikan kulit muka kita betul-betul bersih. Kemudian ambil 1 bahagian lemon yang telah dipotong tadi, gosokan ke seluruh muka selama 15 hingga 20 minit. Selesai itu bilas dengan air sejuk. Cara ini boleh dilakukan setiap hari bagi mengurangkan minyak yang keluar dari kulit muka.  

Tapi bagi yang malas, tak ada masa, ALL A-BOX telah
keluarkan satu produk yang berasaskan LEMON iaitu

FRESH SPARKLE WIPES!

Lepas ni tak perlu mengembara bawa toner atau buah lemon sekalipun. 
Now SAKA got their own wipes!
EXTRA ICE! EXTRA ANTIBIOTICS! EXTRA LEMON! EXTRA CARE!
- Prevent acne
- Oil control
- Zero pores
- Lightening skin

Nak dapatkan boleh hubungi FAIRY ANGELS kami sekarang!






Wednesday, August 15, 2018

Team Building 2.0 FAIRY ANGELS telah diadakan 
pada 11 Ogos 2018 di sekitar Selangor.

Team Building 2.0 ni diadakan untuk memberi pendedahan kepada
semua Fairy Angels terutama yang baru terlibat dengan bisnes All A-Box
secara face-to-face dan kesemua sharing disampaikan sendiri
oleh Mastermind, Founder,Young Master dan IMAN

Bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.30 malam
pelbagai sharing telah dikongsikan oleh MM, Founder, YM dan IMAN.
Pelabagai perkongsian yang dikongsikan bersama semua
FA dari ilmu produk sehingga ilmu bisnes sekarang.

Tempat yang All A-Box pilih bukan kategori 
'duduk dalam dewan seminar, menulis 24 jam
nangis-nangis'. Kita lebih memilih konsep santai tapi padu!

Pada sebelah pagi bermula dengan sharing session bersama
Founder, Nadea Fauzi yang berkongsi untuk 'Grooming and Confidence
Stage'. Bagaimana cara untuk lebih berkeyakinan
walaupun Fairy Angels dalam proses untuk
pulihkan muka yang tengah break out, cara untuk berhias
walaupun hanya untuk membuat LIVE video di facebook, 
yakin untuk share tetang kebaikan produk.





Sebelah petang pulak perkongsian
bersama dengan YM dan IMAN dalam sesi 'How to Fly High with All A-Box'
sehingga ada yang menitiskan air mata ketika sesi ini
kerana mereka diingatkan dengan BIG WHY mereka
dan kebanyakkan yang berani untuk menjadi Fairy Angels
All A-Box. Bersama IMAN sesi 'Personal Branding di Media Sosial'









Disebelah malam pulak adalah slot perkongsian bersama MM. 
Sharing session bersama MM adalah perkongsian berkenaan ilmu produk,
teknik 'close sales' dan teknikal berkenaan ilmu kecantikan.
Semua FA diberi tema untuk memakai
'PYJAMAS' bagi menaikkan semangat dan mencipta kelainan dari
program-program lain.













Monday, July 30, 2018



Semua orang pernah buat silap selagi namanya manusia takkan pernah terlepas dari buat salah. Yen pun dulu terikut-ikut dengan skincare yang ada merkuri ni. Nak putih glowing on the spot katanyaaaa!
.
Tapi sebaliknya yang yen dapat. Its okeylaaaa. 3 tahun tak pernah flawless. Struggle tak payah cakap laa. Elak pelaburan selama 3 tahun tu boleh buat deposit kereta kot.
Tak tahu nak describe macam mana masa muka breakout 3 tahun tu. Lepas 4 bulan guna produk #@$&#$, memang whole face jadi breakout teruk yang paling sedih jerawat batu yang tak da mata bertapa dekat muka. Pakai foundation 4 inci pun still sama nampak gunung sahara tu.
.
Muka nak dibandingkan dengan valak tak da bezanya tengok valak lagi cantik. Dark circle sampai ada yang tanya, ‘yen kau kena tumbuk ke?’. Damnnnn rasa nak bagi sebiji atas muka yang bertanya tu. Jerawat? Tak payah cakap siap jadi bff yen, setiap malam boleh belai-belai sebelum tido jadi member pillow talk. Tengok muka macam corak polkadot pun ada.
.
Stress? Sampai tahap tak nak jumpa orang. Kalau pergi kedai makan aku akan cari tempat paling gelap kalau boleh nak duduk bawah meja je. Kalau hari siang memang tak boleh nak sorok, mask akan jadi kawan baik aku pergi mana je mesti pakai mask. Pantang orang tegur skin kenapa jadi macam tu, mula aku mengeletis pergi borong segala mak nenek skincare dalam Watson tu tapi still sama.
.
Makin stress, makin kurus. Bila stress memang aku tak makan sampai bibir jadi kering lama-lama jadi gelap. Masa breakout ni juga aku ada ambik 3 kali sesi rawatan wajah kononnya dekat Estebel Spa (google sendiri) acah-acah nak jadi CTDK sebab dekat situ CTDK regular customer. Tempat tu betul-betul depan pavilion, kalau dah sebut pavi ni faham-faham la berapa banyak lagi aku labor tapi still tak ok juga.
.
Arghhhhhh stresssss namatey!!!
Orang yang tak pernah breakout boleh laa cakap, ‘alaa muka punah sikit nak stress, chill lah’. Nak je aku pindahkan jerawat ni atas muka kau tahu takkkk. Geram betul. Kau bukan kat tempat aku kan boleh laa cakap slumber badak je. Tapi kan masa ni rasa macam kalau ada pakwe, aku rasa dia adalah orang paling bodoh sebab nak juga tapi apa kan daya, ada juga yang nak. Terima kasih awak daripada rupa valak sampai sekarang nampak lah jadi muka manusia sikit still boleh terima. Betulah cinta itu buta. Hahahaha.
.
Sampai lah aku terjumpa dengan set saka ni yang memang bersaka sebab saka ni mampu cungkil keluar segala saka jerawat yang bertapa dalam muka aku yang sememangnya aku sendiri yang undang dia untuk ada dalam muka aku. Hampir 5 bulan aku guna set saka ni dan hasilnya sumpah aku puas hati gilaaaa. Walaupun parut jerawat belum pulih sepenuhnya tapi jerawat batu bata tu dah takut nak buat come back. Sebab parut aku ni dah lebih 3 tahun, so parut atas 2 tahun memang take time untuk hilang.
.
Sekarang alhamdullilah, skin getting better. Cuma nak cakap pada yang pernah breakout, janganlah mudah putus asa. Bukan takdir awak tak cantik tapi awak belum jumpa jalan yang ngam dan cun. So sentiasa mencari dan belajar makna skin yang sihat dan cara penjagaan yang betul. 

Bukan nak menjual tapi nak berkongsi kebaikan kepada semua yang ada masalah yang sama dengan yen.
Be wise, be natural!





Sunday, July 22, 2018

Wednesday, July 18, 2018

TOP 20 FAIRY ANGELS TAPI MASIH ADA 5 KEKOSONGAN?

Dah lama mengidam nak jadi sebahagian daripada keluarga All A-Box
tapi belum berkesempatan jadi kali ni ada lagi 5 kokosongan untuk menjadi
FAIRY ANGELS. FA boleh disama ertikan sebagai ejen sah dan berdaftar dengan
HQ All A-Box.

KENAPA FOUNDER SENDIRI YANG INTERVIEW? 

Setelah diinterview, ditapis oleh founder sendiri 15 orang yang
yang terpilih adalah mereka yang bersungguh dan berminat untuk
membina empayar dan legasi sendiri.
Kita tak nak mereka yang menjadi FA adalah mereka sekadar
mahukan title dan buat bisnes acuh tak acuh kerana 
kami dari All A-Box sentiasa cuba memberi yang terbaik
kepada mereka yang percaya akan jenama All A-Box.
Dari segi produk sehinggalah kepada pemilihan FA sendiri yang terbaik. 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI FA?
Boleh terus hubungi founder di facebook Nadea Fauzi untuk grab
peluang menjadi FA kami. 

Kami alu-alukan kehadiran anda untuk menjadi sebahagian daripada
keluarga All A-Box!!!

FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ