UNDER CONSTRUCT

Tuesday, October 23, 2018


Apa itu OIL MINT CLEANSER?
Oil mint cleanser bukan lah bertindak sebagai double cleansing tetapi hanya sebagai pre-cleansing. Untuk lebih mudah faham, begini. Dulu sebelum wujudnya mekap remover dalam bentuk wipes or oil cleanser, kita buang/cuci mekap guna apa? Selalunya kita guna minyak baby Johnson dan kapas sahaja, kemudian baru cuci muka guna pencuci muka biasa.
Jadi nampak tak kenapa oil cleanser ialah PRE-CLEANSER.

Cuba bayangkan lepas cuci muka guna oil cleanser then terus tidur. Agak-agak, ada tak sisa-sisa minyak pada muka? Tambah muka mereka yang memang jenis oily skin, mesti tak selesa kan. For sure kita akan cuci muka dengan pencuci muka biasa pulak. So, ini yang dinamakan DOUBLE CLEANSING.

Oil cleanser ni banyak BENEFITS ke?
Banyak tu tidak lah tapi sedikit itu ada. Kenapa?
Untuk mendapatkan minyak dari contohnya buah lemon (ianya perlu melalui beberapa proses – jeruk, campur ethanol, saringan dan lain-lain) dan kebanyakkan oil cleanser hanya menggunakan oil (samada jojoba oil, avocado oil or any oil yang sesuai untuk skin) essential or fragrance sebagai penambah bau.

Jadi walau jeruk sekalipun, apalah khasiat yang tinggal selepas diperam beberapa hari? Pendek cerita, oil cleanser hanyalah sebagai pre-cleanser yang  menarik kekotoran dan menanggalkan makeup.
Dan sebab itu oil mint cleanser kami menggunakan lemon berbanding bunga atau buah lain sebab lemon adalah buah no.1 dunia yang tinggi dalam asid citric dan bertindak sebagai antibakteria.
Jadi apa kena mengena lemon, mint dan oil? Kebanyakkan oil cleanser (samada brand international), apabila minyak bergesel (ketika massage muka) di antara kulit muka dan jari, ianya akan menghasilkan haba. Pernah tak guna dan rasa macam haba/sedikit panas? So you guys buat apa? Stop? Kalau stop rasa macam skin tu stuck dan haba terperangkap di bawah lapisan kulit. Then apa jadi?Maka naiklah biji-biji ruam kemerahan.


Perlu ke massage bila guna oil cleanser? Yes perlu diantara 1 ke 2 minit. Pernah pergi spa yang sedang massage skin korang, mereka stop jawab call/buat kerja lain tiba-tiba? Tak kan. Sebab ada step-step urutan untuk massage menggunakan oil cleanser. Haa nampak mudahkan? Selama ni gonyoh-gonyoh asal siap, sudah. Lepas ni betulkan ya.
Ok, bila bergesel dan ada haba, sesuai tak untuk mereka yang skin breakout or jerawat yang terluka ketika massage tadi? Bagi mereka yang nak pre-cleanse muka tapi breakout, elakkan guna oil sebab apabila jerawat tercedera semasa massage, dikhuatari akan menyebabkan jerawat tadi semakin teruk dan merebak. Jadi, mereka perlu pre-cleanse jenis lain seperti milk, cleanse, wipes tissue or any brand yang jenis creamy, kemudian cuci macam biasa dengan pencuci sedia ada.

Jadi oil mint cleanser sesuai tak? Sebab itu ada mint kerana apabila berlaku gesekan, mint yang ada meredakan penghasilan haba dan kebaikan lemon tadi membantu sebagai antibakteria terhadap jerawat. Wahhh, jadi saya yang ada breakout skin sesuai lah guna oil mint cleanser ni? Yes, boleh tetapi macam mana pun, tetap kena cuci muka seperti biasa sebab kebaikan lemon tak banyak pun dalam oil cleanser sebab telah dijerukkan dan diperam, apalah sangat kebaikan yang ada.
Jada, clear tak kenapa perlunya juga cucian kedua? Dan kenapa oil cleanser kami ada mint dan kena shake dulu?





Wednesday, October 10, 2018



Apa itu ‘DOUBLE CLEANSING’?
Double cleansing adalah cara yang digunakan oleh wanita Korea untuk mencuci wajah mereka. Dalam proses mencuci wajah terdapat 2 langkah, pertama mencuci menggunakan pencuci yang berasaskan minyak (oil based)dan kedua berasaskan berasaskan air (water based).

Langkah pertama menggunakan pencuci wajah berasaskan minyak adalah untuk bantu menanggalkan kekotoran seperti sebum, SPF dan kekotoran lain manakala pencuci kedua yang berasaskan air digunakan seterusnya bagi menanggalkan saki baki kekotoran yang masih ada pada kulit wajah kita.
Amalan double cleansing ini membantu kulit wajah dari mudah dihinggapi oleh jerawat dan membersihkan kulit wajah lebih mendalam.

Apa kelebihan ‘DOUBLE CLEANSING’?
Berdasarkan pakar Astetik, melalui langkah double cleansing yang menggunakan pencuci berasaskan minyak dapat membantu menanggalkan lapisan makeup diatas kulit wajah kita sebelum mencuci wajah dengan lebih dalam menggunakan pencuci berasaskan air.

Apabila double cleansing dilakukan, apa sahaja produk yang kita gunakan akan lebih cepat berkesan terhadapa kulit wajah. Bayangkan kulit wajah kita seperti kanvas yang memerlukan kanvas yang bersih sebelum menjalankan apa sahaja lukisan. Kulit wajah yang bersih akan menyebabkan lebih mudah kebaikan produk lain menyerap kedalam kulit wajah kita.

Bila perlu lakukan ‘DOUBLE CLEANSING’?
Walaupun kita tidak menggunakan sebarang makeup, tetapi double cleansing perlu juga dilakukan secara rutin pada setiap hari kerana double cleansing mampu membantu menanggalkan kekotoran yang terkumpul di kulit wajah kita sepanjang hari.


Rule of Thumb:
Jika kulit wajah korang berminyak apabila tengahari, souble cleanse dapat membantu masalah korang. Tetapi sekiranya kulit korang tidak berminyak langsung satu hari atau lebih kepada kulit yang kering korang boleh pilih untuk tidak membuat double cleanse melainkan jika korang mengenakan makeup yang berat.

Menarik tak DOUBLE CLEANSING ni terutama nak dapat kulit cantik dan bersih macam orang Korea tu. Korang tahu tak All A-Box keluarkan satu produk baru untuk double cleansing memang best sangat. Korang tunggu next entry untuk tahu tentang PRE KLENZ OIL MINT CLEANSER.
Check it out!






FOLLOW US ON INSTAGRAM @ALLABOXHQ